Wednesday 3 April 2013

YA ALLAH TEMUKAN DIA DALAM SUJUDKU....


Ya Allah... Temukan Dia Dalam Sujudku....
Hati saya tiba-tiba disapa resah.

Saya pantas mendirikan solat sunat, saya mahu istikharah. Dalam kepekatan malam langit terus-terusan menangis membesarkan Tuhannya. Dingin membaluti segenap tubuh. Hati terasa sangat tenang dan tenteram. Indahnya bila dibelai-belai oleh Ar-Rahman. Berdiri menghadap Tuhan yang satu, terasa diri terlalu kerdil dan hina. Sewaktu bertakbir,titik air mata jatuh menyembah lantai. Saya menangis. Menangis bukan kerana kata-kata itu, tapi menangis kerana lalainya saya dalam beribadah. Saya tidak khusyuk. Hati saya dibalut dengan kenikmatan dunia lalu saya leka pada mengingatiNya.

“Astaghfirullah...!”

“Ya Allah…aku tak pasti samada Kau benar-benar meredhai cintaku pada-Mu ataupun tidak dengan mendatangkan ujian demi ujian cinta silih berganti. Aku sedih dengan suasana hatiku yang sering berbolak-balik dan kadang-kadang hampir ditewasi cinta manusia. Jahatnya hati sebegini! Ya Allah, andai hati yang ada ini jauh dari-Mu, maka tukarkanlah hati ini dengan hati yang mencintai-Mu. Aku tidak sanggup hidup tanpa cinta-Mu…”

Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…
Allah Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cintaku untuk-Mu berkurang
Hingga membuatkanku lalai akan adanya Engkau.
Allahu Rabbi aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tidak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh.
Allah Rabbi
Izinkan bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berikanlah kami kesempatan untuk lebih mendekati cinta-Mu.
Allah Rabbi
Pintaku yang terakhir adalah seandainya aku jatuh hati
Jangan pernah kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu.

Seorang muslimah solehah yang akan jadi bidadari, yang akan saya cintai sepenuh hati dalam hidup dan mati, yang saya harapkan jadi teman seperjuangan menyulam masa depan, dan meniti jalan Ilahi, itu siapa? Saya tidak tahu. Ia masih berada dalam alam ghaib yang belum dibukakan oleh Tuhan untuk saya. Jika waktunya tiba semuanya akan terang. Hadiah agung dari Tuhan itu akan datang.

“Ya Allah jika Engkau mengizinkan, temukan dia dalam sujudku.” Bisik saya dalam-dalam.

“Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

BILA CINTA BERPUTIK. ADAKAH DIA JODOHKU??


Bila Cinta Berputik. Adakah Dia Jodohku?
"Tiada terfikir,
Terlintas Engkau akan tiba,
Membawa perangsang.
Tiada terfikir, Terlintas,
Engkaukan membuka,
Sempadan perasaan.
Bunga kembang bertali hati, Bunga kembang di puncak akli"
Begitu indah cinta, membawa perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Akan tetapi diluah melalui boneka jasad serta lirikan mata, lidah kelu diam seketika, jantung berdegup pantas tidak mencemaskan tetapi indah.
Remaja pada awalan usia mereka merasakan diri mereka ingin dicintai dan ingin mencintai. Akhirnyamencari cinta. Cinta pada usia muda yang sering digelar cinta monyet.
Tidak kurang pula ketika mereka melangkah ke menara gading. Mitos memaksa mereka mencari pasangan sebelum mendaki anak tangga pentas konvokesyen, kononnya, menara gading tempat mencari pasangan hidup yang akan hidup bersama mereka selepas graduasi.
Akan tetapi, alangkah sedihnya cinta yang berputik dan berbunga-bunga akhirnya tewas, melebur membentuk luka yang pedih dan sakit. Sesak nafasnya!
Lebih teruk kesannya jika apabila mereka sedar (meskipun tidak mengakui atau tidak menunjuk) bahawa perjalanan kisah cinta mereka telah pun melangkaui batasan agama, bersentuhan, berkucupan, berkhalwat dan terlanjur. Malu dan kesal serta sedih kerana diri telah menjadi tidak suci dan kotor, akan tetapi orang yang bersama-sama untuk berkongsi kotor dan jijik tidak lagi bersama. Risau pula jika perbuatan mereka dikhabarkan.
Yang nyata dan pasti, kamu tidak terlepas dari pandangan Allah dan Allah mengetahui perbuatan kemungkaran kamu. Taubatlah!
Jika kamu merasakan dia jodohmu, adakah dia mengajak kamu kepada kebaikan lebih banyak daripada membawa kamu kepada kemungkaran?
Oleh sebab itu, saya ingin mengajak para adik-adik untuk berfikir sejenak apakah niat kita bercinta dan di mana kita mahukan ia berakhir? Terutamanya adik-adik yang bakal bergelar graduan.
Ketika cinta kamu berputik pada si dia dan kamu sendiri mengakui di dalam hati kamu bahawa kamu ada rasa sayang pada dia, dan hati kamu punya rasa cinta padanya, renung seketika, di mana kamu ingin meletakkan cinta Allah yang jauh lebih hebat dari dia.
Jika cinta Allah lebih kamu sayang, letaklah cinta Allah sebagai batasan pergaulan kamu.
Apabila kisah cinta mula melorot dari satu episod ke satu episod yang lain. Renung kembali apa salahnya kamu pada Allah dan apa ajarannya telah kamu ikuti?
Pada ketika itu, fikirlah adakah pernikahan yang kamu cari atau hanya suka-suka? Jika suka-suka,tiada cinta yang berharga dari kamu dan untuk kamu. Jika pernikahan yang kamu cari, maka tidak usahlah buang masa lagi. Dekatilah pernikahan kerana kamu perlu mencari keredhaan Allah.
Bersama keredhaan Allah, langkah-langkah kamu menghampiri pernikahan sangat mudah jadinya. Kadang-kala di luar jangkaan kamu. Namun, jika dugaan yang datang, tabahkan hati tetapkan niat kamu untuk mencapai keimanan yang lebih baik melalui pernikahan.
Kerapkan menunaikan solat sunat tahajjud dan istiqarah. Mohonlah ditunjukan jalan dan memastikan dialah jodoh kamu. Jika tidak diilhamkan bahawa dia adalah jodoh kamu, terima qada Allah, teruskan kehidupan dan persahabatan, serta carilah pasangan yang bakal menjawab istiqarah sebagai jodoh kamu.
Jauhi dari hati yang makin berbunga dan berputik cinta walhal kita sebenarnya jauh dari jodoh. Itu hanya melukakan hati yang sangat lembut ini.
Cinta sesama manusia tentu tidak setanding dengan cinta dari Allah S.W.T, tetapi, kerana cintakan Allah, kita mencintai manusia juga.
Cinta berputik biar bertapis. Agar diberkati dan diredhai Allah S.W.T.

KALAU PEREMPUAN................LELAKI AKAN........


Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...

Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati... 
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...

Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...

Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah...caringnyer...
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la...

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu... 
Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...

Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!

Kalau perempuan cantik hantar email hari2
Lelaki akan kata: sukenyer...!!
Kalau perempuan tak cantik hantar2 email
Lelaki akan kata: asyik2 email dia...boring!

..............................................

Monday 11 March 2013

Ainan Tasneem - 150 juta

RUMPUT

Pada suatu hari di sekola..seorang murid bertanya kepada guru..ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar:"Cikgu,macam mana kita nk pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?? macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan??"

Cikgu:"ok kamu ikut apa yang saya suruh..kamu pergi ke padang..kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput yang berada di depan kamu..pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali..da petik rumput yang PALING cantik..bawa ke kelas...

apabila pelajar tersebut pulang ke kelas..tiada sehelai pun rumput ditangannya..cikgu bertanya .."kenapa tiada rumput yang dipilih??

Pelajar:"tadi semasa saya berjalan,,saya cari rumput yang paling cantik..memang ada banyak yang cantik..tp cikgu kata petik yang PALING cantik..maka saya pun berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang..tapi di penghujung padang..saya tak jumpa pun yang PALING cantik..mungkin ada diantara yang dibelakang saya rumput yang paling cantik tapi cikgu cakap tak boleh toleh kebelakang semula..jadi tiada rumput yang saya petik...

Cikgu:"ya itulah jawapanya..maknanya dengan seseorang yang kita sayang...janganlah kita cari yang lebih baik dari itu,,kita patut hargaiorang yang ada di hadpan kita sebaik2nya..jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap da berlaku..semoga yang berlalu tidak berulang lagi..dan ingatlah orang yang paling kta sayang itulah yang paling cantik dang yang paling baik...

Tuesday 16 October 2012

Awak..!!

GIRL : awak , kite nak bgtau awk sesuatu .
BOY : ye awak , ape die ckp lah .
GIRL : Ex kite dtg balik nakkan kite . urmm .
BOY : hah ?? emm , awak masih cintakan dia ke wak ?
GIRL : Entah . tapi dia datang dulu sebelum awak . Awk rasa apa patut kite wat ek wak ?
BOY : kalau awk masih sygkn dia , awak pergi lah pada dia .
GIRL : Awak x cemburu ke ? Awak tak marah ?
BOY : (tunduk dgn nada suara yang
 sayu2) Buat apa kite nak marah awak . Mungkin dia boleh jaga awak dgn sempurna.. Kite tahu kalau betul awk sygkan kite , takkan ada orang lain boley rampas awak dari kite . ( tunduk lalu setitis air mata jatuh membasahi bumi )
GIRL : (terdiam terpaku dgn kata2 kekasihnya) wak , awak . dengarlah sini . pandang lah kite . kite tak inginkan yang lain , kite janji cinta kite hnya untuk awak. (lalu mengesat airmata si kekasihnya)

Moral : Janganlah menguji tahap kecemburuan seorang lelaki , kerana ianya akan terpendam sehingga menitiskan air mata . Air mata bg lelaki amat bermakna , tp ianya akan tewas jika hatinya dilukai dan tak dihargai .

Selepas Kawin

Selepas kahwin nanti,
♥ Isteri masak ~> suami makan.
♥ Suami imam ~> isteri makmum.
♥ Suami baca doa ~> isteri aminkan.
♥ Isteri merajuk ~> suami pujuk.

~♥> Hidup saling melengkapi selepas perkahwinan. Bahagia kan? (,"(",)~

~♥> Itulah KEMANISAN sesudah sebuah PENANTIAN ♥
Walaupun PENANTIAN itu satu PENYIKSAAN tapi percayalah sebuah penantian yang disandarkan kepada REDHANYA tak kan sia2 dan kita akan merasai satu ANUGERAH yang terhingga dari sebuah PENANTIAN yang penuh dengan KESABARAN itu (,^^(^^,)